Ramadhan 1429

20 Ramadhan 1429

Siaran lansung dari Masjid Tuaran. Ceramah Ramadhan melalui KITA.fm pada jam 4 petang. Selamat mendengar.
Hadis Hari Ini,

Sabtu, 20 September 2008

Tazkirah - 20 - DEMI MASA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN

Firman ALLAH dalam surah al ashr  bermaksud "DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN.KECUALI ORANG ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.DAN BERPESAN PESAN DENGAN HAQ(KEBENARAN) DAN BERPESAN PESAN DENGAN KESABARAN"

Para mufassirin telah menjelaskan bahawa ayat ini merupakan satu dari beberapa ayat di mana ALLAH memulakan dengan sumpah dengan waktu.Ianya memerlukan perhatian kita semua kerana dalam penggunaan sumpah waktu ini,ALLAH mahukan kita hambanya supaya memberi perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan.Ayat di atas merupakan ayat dimana kita diingatkan dengan begitu serius sekali tentang kerugian yang dilalui dalam hidup ini tanpa iman dan amal soleh.Serta tanpa tegur menegur antara satu sama lain,teguran yang berdasarkan kebenaran dan kesabaran.

Ayat ini adalah ayat yang menjadi peringatan sepanjang zaman sama seperti ayat ayat ALLAH yang lain yang besifat universal itu.Oleh itu,kerugian yang dinyatakan dalam ayat ALLAH ini wajar mendapat perhatian kita semua.

Antara kerugian manusia ialah kealpaan dalam melaksanakan perintah ALLAH dan meninggalkan larangannya.Di sinilah terletakkan kerugian besar manusia dalam meniti kehidupan dunia fana ini.Antara sebab kenapa manusia cenderung menanggung kerugian yang telah diingatkan oleh ayat ALLAH ini ialah kerana habuan dunia yang sementara.Manusia gagal membezakan mana yang perlu dan mana yang tidak,gagal membezakan mana yang menjadi hak mereka dan mana yang bukan hak mereka.

Manusia jenis ini ialah manusia yang melihat hak orang adalah hak mereka,yang perlu dilihat tidak diperlukan dan sebaliknya yang tidak perlu dilihat sebagai perlu.Akibatnya tunggang terbaliklah kehidupan manusia jenis sebegini dan amat rugilah mereka di sisi ALLAH.

Untuk mengelakkan kecenderungan kepada kerugian besar ini,ALLAH telah menggariskan empat perkara dalam ayat  tersebut untuk diikuti oleh manusia dalam semua urusan kehidupan mereka ia itu :

  • beriman
  • amal soleh
  • berpesan dengan kebenaran
  • berpesan dengan kesabaran

Syarat yang diberi ALLAH agar manusia terlepas dari kerugian yang amat besar dan nyata ini.Beriman bermakna menerima segala perintah dengan redha tanpa sebarang persoalan atau bantahan termasuk perkara perkara ghaib.Beriman juga bermakna meninggal serta menjaga larangan dengan teliti dan berhati hati.Kalau perkara yang dilarang dengan jelas maka ia akan tinggalkannya walaupun ada suara suara menyifatkannya sebagai fanatik,taksub, jumud dan sebagainyaTiada kompromi dengan larangan ALLAH ini.

Amal soleh pula bermaksud melakukan amal amal yang disuruh agama dengan ikhlas dan bersungguh sungguh.Termasuk dalam amal yang disuruh agama ini lah tugas menyeru amal maaruf dan mencegah kemungkaran.Di sinilah terpikulnya amanah seorang manusia sebagai khalifah dan terpikulnya tugas politik seorang mukmin.Amal maaruf ialah amal yang umumnya membawa manusia kepada kesejahteraan hidup duniawi dan uhkrawi seperti mana diterjemahkan oleh sistem zakat dan sedekah.Bulan Ramadan adalah bulan yang digalakkan kita semua bersedekah.Melaksanakan segala amal amal yang disuruh agama ini adalah termasuk dalam mengerjakan amal soleh sementara kelakukan amal amal yang dilarang adalah termasuk dalam katogeri amal kemaksiatan dan kemungkaran.Banyak hadis hadis baginda yang menjelaskan perbezaan antara keduanya.Pembahagiannya cukup jelas dalam Islam dan ayat di atas menjelaskan kepada kita untuk mengelakkan diri daripada kerugian.Melaksanankan amal soleh  adalah satu dari empat syarat yang mesti  dilaksanakan.

Islam adalah agama nasihat.Ayat di atas juga meletakkan syarat agar kita bukan sahaja beriman dan beramal soleh secara individu tetapi perlu juga keluar kepada masyarakat untuk mengajak mereka kepada kebenaran.sekali lagi, banyak hadis hadis yang menjelaskan betapa pentingnya tugas menyampaikan kebenaran secara istiqamah ini.Kita bukan sahaja disuruh melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan agama secara individu tetapi turut dituntut untuk menyampaikan suruhan dan larangan ini secara istiqamah kepada masyarakat.

Demikianlah secara umumnya pesanan ALLAH yang dimulakan dengan sumpah waktu ini kepada kita semua.Sekaligus mengingatkan tugas politik kita sesuai dengan konsep kesyumulan Islam sebagai carahidup.Kita tidak boleh lari dari tugas politik ini kerana di sana terkandung keperluan untuk menegakkan kebenaran serta kebaikan yang disuruh agama dan mencegah kemungkaran serta kemaksiatan kepada ALLAH.

Barang siapa berada dalam panduan ini,insya Allah akan terlepaslah dari sumpah ALLAH dan terlepaslah dari kerugian yang besar.Barangsiapa yang berada di luar panduan ini maka rugilah  mereka.

Tiada ulasan: