Ramadhan 1429

20 Ramadhan 1429

Siaran lansung dari Masjid Tuaran. Ceramah Ramadhan melalui KITA.fm pada jam 4 petang. Selamat mendengar.
Hadis Hari Ini,

Rabu, 3 September 2008

Khasiat

Anda mungkin tahu akan tujuh makanan yang disyorkan baik dalam ajaran Islam tetapi apakah khasiat-khasiatnya yang sebenar? Berikut senarainya.

MADU

Antara lain, ia membekalkan tenaga segera kerana gula dalam madu mudah dihadam, membantu melawaskan sistem pencernaan, membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik, dan mencergas dan menenangkan fikiran di samping mempercepat penyembuhan luka.

 AIR ZAMZAM

Rasulullah Sallahu Allaihi wa Sallam bersabda:

"Air yang paling baik di permukaan bumi adalah air zamzam."

Air ini bersifat alkali. Tanpa perlu diproses dan ditambah sesuatu, ia merupakan air yang paling berkualiti, suci, bersih lagi berkhasiat.

Manfaat meminum air zamzam ialah meminumnya dengan berniat bersungguh-sungguh.

BUAH TIN

Buah ini kaya dengan serat dan pelbagai vitamin serta zat galian (mineral). Ia membantu mengimbangi tekanan darah, merendahkan kadar kolesterol, membantu mencapai berat badan seimbang, membantu mengatasi angin ahmar, mencegah kencing manis, gout, sembelit dan buasir serta memerangi barah.

 BUAH ZAITUN

"Gunakanlah sari zaitun sebagai lauk-pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal daripada pohon yang diberkati." Demikian sabda Rasulullah Sallahu Allaihi wa Sallam mengenai buah ini.

Ia boleh membantu mengatasi masalah darah tinggi, merendahkan tahap kolestrol, mengurangkan risiko serangan barah dan menyihatkan kulit.

KURMA

Kelebihan kurma memang diketahui ramai. Secara lebih rinci, ia mengandungi serat yang tinggi, kaya kalsium, potassium, zat folat, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E, bebas lemak dan bebas kolestrol dan berupaya mencegah beberapa penyakit serius seperti jantung, strok dan barah.

JINTAN HITAM

Makanan ini pula berupaya melawan bakteria dan hampir semua masalah kesihatan kronik berkaitan kulit, saraf, darah, gula, jantung dan organ-organ dalam yang lain.

KOMA-KOMA (SAFRON)

Ia digelar raja segala rempah-ratus kerana bukan saja ia enak, malah merupakan sumber khasiat yang tinggi. Ia dapat melancarkan sistem daya ingatan dan sistem saraf serta meningkatkan daya tahanan penyakit daripada serangan bakteria.

Tiada ulasan: