Ramadhan 1429

20 Ramadhan 1429

Siaran lansung dari Masjid Tuaran. Ceramah Ramadhan melalui KITA.fm pada jam 4 petang. Selamat mendengar.
Hadis Hari Ini,

Ahad, 31 Ogos 2008

Tazkirah - 4 - Dan Kitapun Diuji

Jalan kebenaran itu tak pernah sunyi daripada ujian. Satu demi satu ujian akan terpaksa didepani, dalam usaha merebut reda dan syurga Allah.  

Ujian datang bertahap.  

Tahap 1: Bermula apabila kita mula mendapat hidayah.

Tahap 2: Pula ialah dengan kita perlu buktikan iman kita dengan tunduk sepenuhnya kepada Islam secara total, bukan mengambilnya separuh-separuh.

Tahap 3: Pula mengkehendaki kita meneruskan keimanan kita dengan hijrah dan jihad.

Tahap 4: Pula ialah tahap ujian kesabaran berpanjangan yang akan melayakkan kita untuk salah satu daripada 2 kebaikan: Hidup mulia atau mati sebagai syuhada. 

Berikut ialah penjelasan ringkas setiap tahap: 

1: Awalnya ujian ialah ujian untuk memilih jalan yang hak ataupun jalan yang batil. Jalan kebenaran hujungnya memang indah kerana di situlah syurga. Namun untuk berjalan di atas jalan kebenaran tidaklah mudah kerana ia tidak pernah sunyi daripada ujian dan tentangan yang pahit dan menyakitkan. 
 

Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.
(Surah Ali Imran, surah ke 3 ayat 186) 

(Dalam ayat ini, Allah memberitahu tentang 2 ujian terawal yang perlu kita hadapi dalam mencari kebenaran (Islam). Ujian pertama adalah daripada dalam diri berupa ujian berbentuk harta dan dunia kita sendiri. Ramai yang apabila terkena dengan ujian ini terus mengambil langkah menjauhkan diri daripada Islam dan Jihad untuk menegakkan Islam. Lalu, kerana takut, mereka menjauhkan diri daripada golongan-golongan Mujahidin yang ingin mengajarkan dien dengan cara mengobarkan semangat jihad dalam diri mereka. Kalaupun mereka lepas ujian awal ini, biasanya mereka akan gagal melepasi ujian kedua yang datangnya daripada luar berupa kutukan dan cercaan serta sindiran yang memperlekehkan malah menakut-nakutkan seseorang itu daripada terus mendengar nasihat dan ilmu daripada Mujahidin. Justeru, sekiranya kita gagal dalam ujian awal ini, adakah kita yakin akan dapat melepasi ujian berikutnya?) 

2: Ujian kedua mengkehendaki kita memilih Islam sebagai syariat hidup kita. Dengan kata lain, kita mengikuti Islam sepenuhnya dan bukannya hanya sekadar sebahagian sahaja. 
 

Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu. (Surah Al-Maidah, surah ke 5 ayat 48)
 

(Ayat ini, Allah menerangkan bahawa Allah menurunkan Islam sebagai satu ujian kepada manusia. Justeru tidak hairanlah mengapa ada di antara manusia yang beriman, ada yang munafiq dan ada pula yang kufur kepada Allah. Mereka-mereka yang beriman membuktikan bahawa mereka sanggup berhadapan dengan segala rintangan yang terpaksa dihadapi sebagai Muslim. Mereka nampak Islam itu sebagai suatu kebenaran lalu mereka tempuhi juga walaupun sukar. Dikalangan Munafiq dan Kafirin pula, mereka terbahagi dua. Pertama ialah mereka yang nampak Islam itu sebagai kebenaran, namun kerana ujian yang datang daripada dalam diri mahupun luaran mereka sendiri, maka mereka gagal memilih Islam sebagai Dien (cara hidup). Golongan kedua pula ialah mereka yang telah dibutakan mata hati mereka oleh Allah sedari awal. Lalu mereka langsung tidak pernah nampak Islam sebagai kebaikan seumur hidup mereka. Justeru, kita harus sanggup berdepan dengan ujian untuk menjadikan kehidupan kita sepenuhnya mengikuti Islam.) 

3: Ujian ketiga pula lebih getir. Dalam ujian ini, Allah ingin pula mengetahui tentang manusia-manusia yang setelah berjaya melepasi ujian kedua, sanggup pula berdepan dengan cabaran yang lebih mencengkam di medan perjuangan.
 

Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat (untuk berperang) dan berbagai manfaat bagi manusia (kegunaan untuk selain perang) , (supaya mereka mempergunakan besi itu) agar Allah mengetahui siapa yang menolong (agama) Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Surah Al-Hadid, surah ke 57 ayat 25)
 

(Dalam ayat ini, Allah ingin mengetahui siapakah diantara hamba-hambanya yang sanggup menggunakan Al-Quran, As-Sunnah dan kekuatan besi (senjata) untuk berperang menegakkan Islam. Walaupun mereka tidak pernah melihat Allah, namun mereka yakin penuh pada-Nya dan sanggup pula mengorbankan dunia dan diri mereka semata-mata untuk Allah. Adakah kita sanggup menggalas bebanan/ujian ini? Sekiranya sanggup, maka kita akan digelar sebagai Mujahidin.) 

4: Ujian keempat pula adalah ujian untuk mereka yang telahpun menjadi Mujahidin. Ujian kali ini menjadikan nyawa sebagai galang ganti syurga nan abadi.
 

Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (dalam jihad) maka pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berhenti. Demikianlah, apabila Allah menghendaki niscaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang gugur pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka. Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam surga yang telah diperkenalkan-Nya kepada mereka. (Surah Muhammad, surah ke 47 ayat 4-6
) 

Firman-Nya lagi:
 

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar (menanggung ujian dalam jihad). (Surah Ali-Imran, surah ke 3 ayat 139-142)
 

(Dalam ayat ini, setelah mengetahui siapakah yang mahu menjadi Mujahidin untuk membela dan menegakkan Islam, Allah melanjutkan ujian untuk memilih manusia-manusia terbaik yang sanggup berperang mati-matian untuk meraih gelaran syuhada. Syuhada merupakan pilihan daripada Allah. Setelah melepasi ujian peperangan yang dipenuhi dengan pelbagai dugaan, rintangan dan pengorbanan, mereka tetap tabah dan bertahan. Justeru tidak hairanlah mereka mendapat kehormatan seperti itu, sekalipun mereka mati diatas katil dan bukannya medan perang -asalkan mereka sebelumnya sungguh-sungguh 'mencari kematian' dalam medan jihad-)

Tazkirah - 3 - Nikmatnya Ramadhan

"Sebagai muslim yang sejati, kedatangan dan kehadiran Ramadhan yang mulia pada tahun ini merupakan sesuatu yang amat membahagiakan kita. Betapa tidak, dengan menunaikan ibadah Ramadhan, amat banyak keuntungan yang akan kita peroleh, baik dalam kehidupan di dunia maupun di akhirat kelak.

Disinilah letak pentingnya bagi kita untuk membuka tabir rahsia puasa sebagai salah satu bahagian terpenting dari ibadah Ramadhan. Dr. Yusuf Qardhawi dalam kitabnya Al Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia puasa yang dapat kita buka untuk selanjutnya boleh kita rasakan kenikmatannya dalam ibadah Ramadhan

1. Menguatkan Jiwa

Dalam hidup hidup, tak sedikit kita dapati manusia yang didominasi oleh hawa nafsunya, lalu manusia itu menuruti apapun yang menjadi keinginannya meskipun keinginan itu merupakan sesuatu yang bathil dan mengganggu serta merugikan orang lain. Kerananya, di dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dalam erti berusaha untuk mengendalikannya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu yang bersifat duniawi. Manakala dalam peperangan ini manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan terjadi kerana manusia yang kalah dalam perang melawan hawa nafsu itu akan mengalihkan penuhanan dari kepada Allah Swt sebagai Tuhan yang benar kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan. Allah memerintahkan kita memperhatikan masalah ini dalam firman-Nya yang ertinya: Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.

Dengan ibadah puasa, maka manusia akan berhasil mengendalikan hawa nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat, bahkan dengan demikian, manusia akan memperoleh darjat yang tinggi seperti layaknya malaikat yang suci dan ini akan membuatnya mampu mengetuk dan membuka pintu-pintu langit hingga segala doanya dikabulkan oleh Allah Swt, Rasulullah Saw bersabda yang ertinya: Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak doa mereka: orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. (HR. Tirmidzi)

2. Mendidik Kemahuan

Puasa mendidik seseorang untuk memiliki kemahuan yang sungguh-sungguh dalam kebaikan, meskipun untuk melaksanakan kebaikan itu terhalang oleh berbagai perkara. Puasa yang baik akan membuat seseorang terus mempertahankan keinginannya yang baik, meskipun peluang untuk menyimpang begitu besar. Kerana itu, Rasulullah Saw menyatakan: Puasa itu setengah dari kesabaran.

Dalam kaitan ini, maka puasa akan membuat kekuatan rohani seorang muslim semakin prima. Kekuatan rohani yang prima akan membuat seseorang tidak akan lupa diri meskipun telah mencapai keberhasilan atau kenikmatan duniawi yang sangat besar, dan kekuatan rohani juga akan membuat seorang muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sukar.

3. Menyihatkan Badan

Disamping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa yang baik dan benar juga akan memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani. Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah Saw, tetapi juga sudah dibuktikan oleh para doktor atau ahli-ahli kesihatan dunia yang membuat kita tidak perlu meragukannya lagi. Mereka berkesimpulan bahwa pada saat-saat tertentu, perut memang harus diistirahatkan dari bekerja memproses makanan yang masuk sebagaimana juga mesin harus diistirahatkan, apalagi di dalam Islam, isi perut kita memang harus dibagi menjadi tiga, sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk udara.

4. Mengenal Nilai Kenikmatan

Dalam hidup ini, sebenarnya sudah begitu banyak kenikmatan yang Allah berikan kepada manusia, tapi banyak pula manusia yang tidak pandai mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua, dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya. Padahal kalau manusia memperhatikan dan merenungi, apa yang diperolehnya sebenarnya sudah sangat menyenangkan kerana begitu banyak orang yang memperoleh sesuatu tidak lebih banyak atau tidak lebih mudah dari apa yang kita peroleh.

Maka dengan puasa, manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi tentang kenikmatan yang sudah diperolehnya, tapi juga disuruh merasakan betapa besar sebenarnya nikmat yang Allah berikan kepada kita. Hal ini kerana baru beberapa jam saja kita tidak makan dan minum sudah terasa betul penderitaan yang kita alami, dan pada saat kita berbuka puasa, terasa betul besarnya nikmat dari Allah meskipun hanya berupa sebiji kurma atau seteguk air. Disinilah letak pentingnya ibadah puasa berguna mendidik kita untuk menyedari tinggi nilai kenikmatan yang Allah berikan agar kita selanjutnya menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan dari Allah meskipun dari segi jumlah memang sedikit dan kecil. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya, Allah berfirman yang ertinya: Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan esungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.

5. Mengingat dan Merasakan Penderitaan Orang Lain

Merasakan lapar dan haus juga memberikan pengalaman kepada kita bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Sebab pengalaman lapar dan haus yang kita rasakan akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam, sementara penderitaan orang lain entah bila akan berakhir. Dari sini, semestinya puasa akan menumbuhkan dan memantapkan kesedaran kita kepada kaum muslimin lainnya yang mengalami penderitaan yang hingga kini masih belum diatasi.

Oleh kerana itu, sebagai simbol dari rasa kesedaran itu, sebelum Ramadhan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat agar dengan demikian setahap demi setahap kita dapat mengatasi persoalan-persoalan umat yang menderita. Bahkan zakat itu tidak hanya bagi kepentingan orang yang miskin dan menderita, tapi juga bagi kita yang mengeluarkannya agar dengan demikian, hilang kekotoran jiwa kita yang berkaitan dengan harta seperti gila harta, dan sebagainya.

Allah berfirman yang ertinya: Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoakan untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Sambut dengan Gembira

Kerana rahsia puasa merupakan sesuatu yang amat penting bagi kita, maka sudah sepantasnyalah kalau kita harus menyambut kedatangan Ramadhan tahun ini dengan penuh rasa gembira sehingga kegembiraan kita ini akan membuat kita dapat melaksanakan ibadah Ramadhan nanti dengan ringan meskipun sebenarnya ibadah Ramadhan itu berat.

Kegembiraan kita terhadap datangnya bulan Ramadhan harus kita tunjukkan dengan berupaya semaksima mungkin memanfaatkan Ramadhan tahun ini sebagai momentum untuk mentarbiyyah (mendidik) diri, keluarga dan masyarakat kearah pengukuhan atau pemantapan taqwa kepada Allah Swt, sesuatu yang memang amat kita perlukan bagi meraih keberkatan dari Allah Swt

www.al-futhuhat.blogspot.com 

Tazkirah - 2 - Apa Ada Pada Ramadhan?

Hingga ke saat ini kita hidup, sudah bersiri2 ramadhan kita lalui. tapi masih ada apa dengan ramadhan?

Hanya ada dua; pentarbiahan nafsu, dan menguatkan roh.

Dalam jasad manusia, ada dua unsur; roh dan nafsu.

Roh; {Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".} 17:85

Nafsu; {sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan,} 12:53

Sedang nafsu itu tunggangan roh. jadi kita dapat melihat jiwa2 yang berkelakuan jahat di mana2; mencuri, mencarut, mengurat, berpeleseran, membohong, membuka aurat, dan lain2 dari yang sekecil2 sehingga ke sebesar2 perkara dosa.

Jiwa2 yang berkelakuan baik adalah citra kepada nafsu yang terdidik. sekalipun nafsunya telah dikekang, sifat semulajadi nafsu yang liar itu tetap ada dan kadang2 terjelma ke zahirnya dengan tidak di sengajakan.

Oleh itu, tali kekang itu perlu di pasang padanya (nafsu) untuk setiap waktu agar tunggangan roh itu tidak bersifat liar; berlari tidak ketahuan arah sehingga menjerumuskan kita ke dalam gaung neraka.

Begitulah objektif ramadhan dari sudut tasaufnya. bahkan untuk setiap perkara yang disyariatkan oleh agama seperti solat, sedekah, zakat, haji, amalan2 sunat, dll: dengan tujuan mendidik nafsu.

Menahan diri daripada makan, minum, dan berjima' di siang hari adalah menahan diri dari melayan kehendak2 nafsu. makan, minum, dan berjima' adalah sumber kekuatan nafsu. bukan dengan makna makan, minum, dan berjima' itu haram tetapi dengan tujuan mendidik nafsu.

Bahkan kepada amalan2 harian nafsu yang lain; menutup aurat, tidak melihat perkara2 mungkar, tidak berbicara mungkar (berbohong, mengumpat, sembang kosong, dll), berhasad dengki, berbuka dengan sekenyang2nya sehingga termuntah, tidak solat, dll, akan menambah kesempurnaan objektif pelaksaan puasa.

Sedang memperbanyakkan amalan2 sunat; bersedekah, berzikir, mengaji, qiamullail, tarawih, berjama'ah di masjid/surau, melewat2kan sahur, mempercepatkan berbuka, dll merupakan sumber kekuatan roh. bahkan setiap amalan2 adat kebiasaan; menyediakan hidangan berbuka dan sahur, berbuka dan bersahur, mengemas rumah, bekerja, dll dengan niat kerana Allah akan menjadi ibadah yang akan menambah tahap kekuatan roh.

Akibatnya, roh akan mampu mengekang nafsu dari bersifat liar dan jahat, yang kehajatannya itu akan menyebabkan roh diseksa di dalam kubur dan di akhirat kelak.

Bahkan untuk semua amalan yang disyariatkan oleh agama, itulah objektifnya; mendidik nafsu, dan menguatkan roh.

Selepas kita memahami objektif pensyariatan berpuasa, maka kita akan mudah dan mengerti ada apa dengan ramadhan kali ini: mendidik nafsu, dan menguatkan roh.

Sehingga akhirnya kita berjaya menjadi hambanya yang bertakwa seperti dalam firmannya {Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.} 2:183, dan kita raikan kejayaan kita itu nantinya pada syawal yang pertama.....

Semoga kita dapat bertahan mendidik nafsu dan menguatkan roh sepanjang tempoh peperiksaan akan datang yang akan berlangsung selama 30 hari nanti.

Khamis, 28 Ogos 2008

Puasa kembalikan manusia ke alam fitrah

Dr Osman Nasir
 
Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
 
Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.

Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.

Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.

Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali �sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam � di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.

Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.

Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.

Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.

Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.

Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.

Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.

Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Solat fardu

Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.

Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.

Solat tarawih

Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.

Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.

Mengaji al-Quran

Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.

Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, 'MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK' atau seperti komputer yang diberi isiannya.

Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.

Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.

Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.

Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam � alangkah indahnya suasana ini.

Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah.

Rabu, 27 Ogos 2008

Qari Indonesia Johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa Ke-50

26 Ogos -- Penyertaan pertama, Qari dari Indonesia, Mu'min Mubarok membuahkan hasil apabila muncul Johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa kali ke-50, malam tadi.

Mu'min yang berusia 36 tahun dan dilahirkan di Jawa Barat, Indonesia terkejut dengan kemenangannya.

Dia ternyata bersyukur sebaik sahaja diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim yang juga Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Sementara itu, kategori Qariah pula dimenangi peserta Thailand, Fatimah Ha'ra'ti, yang pernah memenangi pertandingan yang sama, 10 tahun lalu.

Kali ini merupakan penyertaan terakhir Fatimah sebelum bersara bagi memberi laluan kepada qariah pelapis yang lain.

Johan menerima hadiah wang tunai 28 ribu 552 ringgit berserta piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Turut hadir, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.



-- BERITA24

Selasa, 5 Ogos 2008

Tazkirah - 1 - Soalan Bocor

Menurut Abi Barzah ra, Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Tidak berganjak kaki seseorang hamba sehingga ditanya 4 perkara, umurnya dimana dihabiskan, ilmunya apa yang dibuat dengannya, hartanya dari mana diperolehi dan ke mana dihabiskan, dan jasadnya, bagaimana digunakan. (kata al-Tirmiziy ia adalah hasan sahih)
Manusia tidak dicipta secara sia-sia. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Qiyamat ayat 36 yang bermaksud : "Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?".
Nikmat kurniaan Allah terlalu banyak, dan nikmat yang dianugerahkan ini perlu disyukuri. Dalam kenyataan Nabi ini, diingatkan kita kepada nikmat yang besar sahaja iaitu ; umur, ilmu, harta dan kesihatan. Semua aktiviti yang dilakukan manusia sebenarnya terbatas dalam keempat perkara ini.
Sebagai contoh , waktu hayat yang diberikan Allah merupakan waktu untuk membolehkan kita beramal dan bekerja demi kepentingan kita di dunia dan akhirat. Gesaan yang terdapat dalam al-Quran tentang peri pentingnya mengisi masa dengan sebaik mungkin terlalu nyata. Hakikat ini dapat dirasakan apabila kita menyelak ayat-ayat yang menyentuh persoalan waktu. Alangkah bahagianya insan yang merasai perselisihan waktu yang berlaku dalam hidup sehingga menyedarkannya terhadap peri pentingnya 'times management'. Kesedaran terhadap perubahan musim dan suasana boleh menjana kesedaran ke arah produktiviti yang mesti dipertingkatkan. Sepasang suami isteri tentunya menyedari pertambahan usia memestikan pertambahan dari sudut komitmen yang wajar dipertingkatkan. Anak-anak yang merasai perubahan umur menyebabkannya menjadi lebih bersedia untuk masa depan yang belum pasti. Pekerja yang berkhidmat dengan majikannya akan merasai keperluan membaiki mutu kerjanya dengan bertambahnya seniority di tempat kerja.
Perkara kedua yang disentuh oleh hadith yang mulia ini ialah ilmu. Masa merupakan kehidupan seperti yang dijelaskan oleh banyak intisari ayat-ayat al-Quran. Ilmu pula merupakan unsur kehidupan yang paling penting. Ayat-ayat Quran meletakkan kemuliaan manusia yang menyebabkan malaikat perlu sujud kepadanya ialah disebabkan anugerah ilmu yang diberikan kepadanya. Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 30-31yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
Demikian pula Allah menyatakan dalam surah al-Rahman ayat 4 yang bermaksud : "Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.". Dengan ilmulah menyebabkan manusia terselamat dari belenggu kesesatan dan kerugian di dunia dan akhirat. Al-Imam Al-Ghazali menyatakan dalam kitab tasawwufnya yang hebat bahawa hati boleh mati jika tidak mendatangi majlis ilmu melebihi 40 hari.
Para pendidik perlulah berusaha menyampaikan ilmu yang merupakan amanah Allah secara dedikasi. Ibu bapa berperanan mengajak anak-anak ke pusat-pusat pendidikan sebagai usaha menyelamatkan generasi itu dari menjadi ketinggalan. Suami hendaklah berusaha memberikan isteri peluang mencari ilmu terutamanya yang bersifat fardhu ain. Galakan dan motivasi perlu diberikan dari masa ke masa.
Perkara ketiga yang disebut dalam hadith ini ialah kepentingan mengawasi harta yang dicari. Harta mestilah dicari dari sumber-sumber yang halal, bukannya diperolehi secara zalim dan menganiaya orang lain. Pemerolehan harta dari sumber yang haram yang menjadi darah daging akan menyebabkan doa ditolak seperti yang dinyatakan dalam hadith sahih. Memakan harta yang haram menyebabkan hubungan antara manusia menjadi porak pranda. Selain itu hati yang berlaku demikian juga akan mewarisi sifat angkuh, keras hati dan menzalimi yang empunya hak.
Selain dari sumber yang akan dipersoalkan di hadapan mahkamah Allah, hamba juga akan disoal kemanakah harta tersebut dibelanjakan. Penilaian yang paling tinggi disisiNya ialah perbelanjaan untuk jalanNya. Ganjaran yang hebat juga diperuntukkan buat nafkah kepada kaum keluarga. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "dan tidaklah ada keberkatan terhadap rezki yang diperolehi secara haram yang dibelanjakan, dan tidak pula diterima sadaqah dari sumber yang haram dan apa yang ditinggalkan untuk warisnya akan menyebabkan menjadi bekalannya ke neraka, dan tidaklah boleh digunakan untuk menghapuskan dosa dengannya".
Pesanan terakhir dari hadith ini ialah nikmat kesihatan yang digambarkan menerusi tubuh badan. Pertolongan yang diberikan kepada seorang kawan untuk menaikkan bebanan ke kenderaannya sudahpun dikira di sisi Allah sebagai sedeqah. Pertolongan kepada orang cacat penglihatan juga dikira sedeqah. Demikan juga perkara-perkara lain yang dilakukan dengan anugerah tubuh yang sihat kurniaanNya mestilah digunakan sepenuhnya untuk perkara ketaatan. Rahmat Allah kepada hambaNya menyebabkan hamba yang tidak mampu berpuasa dibolehkan berbuka untuk kesihatan. Demikian juga orang yang bermusafir dibolehkan berbuka untuk membolehkannya menjaga kesihatannya. Di situlah tersembunyi rahsia mengapa Islam mengaharamkan sebarang perkara yang boleh memudaratkan kesihatan.

Selamat Menyambut Ramadhan 1429

Assalamualaikum semua,
Blog ini sengaja diada-adakan untuk memberi berbagai info mengenai pelbagai hal puasa. Kita akan menyambut ketibaan Ramadhan tahun ini pada 2 atau 3 Sept 08.
Semoga dengan adanya blog ini, anda akan mendapat manfaat demi melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna.
Selamat berblog.
Sattar.