Ramadhan 1429

20 Ramadhan 1429

Siaran lansung dari Masjid Tuaran. Ceramah Ramadhan melalui KITA.fm pada jam 4 petang. Selamat mendengar.
Hadis Hari Ini,

Ahad, 31 Ogos 2008

Tazkirah - 2 - Apa Ada Pada Ramadhan?

Hingga ke saat ini kita hidup, sudah bersiri2 ramadhan kita lalui. tapi masih ada apa dengan ramadhan?

Hanya ada dua; pentarbiahan nafsu, dan menguatkan roh.

Dalam jasad manusia, ada dua unsur; roh dan nafsu.

Roh; {Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".} 17:85

Nafsu; {sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan,} 12:53

Sedang nafsu itu tunggangan roh. jadi kita dapat melihat jiwa2 yang berkelakuan jahat di mana2; mencuri, mencarut, mengurat, berpeleseran, membohong, membuka aurat, dan lain2 dari yang sekecil2 sehingga ke sebesar2 perkara dosa.

Jiwa2 yang berkelakuan baik adalah citra kepada nafsu yang terdidik. sekalipun nafsunya telah dikekang, sifat semulajadi nafsu yang liar itu tetap ada dan kadang2 terjelma ke zahirnya dengan tidak di sengajakan.

Oleh itu, tali kekang itu perlu di pasang padanya (nafsu) untuk setiap waktu agar tunggangan roh itu tidak bersifat liar; berlari tidak ketahuan arah sehingga menjerumuskan kita ke dalam gaung neraka.

Begitulah objektif ramadhan dari sudut tasaufnya. bahkan untuk setiap perkara yang disyariatkan oleh agama seperti solat, sedekah, zakat, haji, amalan2 sunat, dll: dengan tujuan mendidik nafsu.

Menahan diri daripada makan, minum, dan berjima' di siang hari adalah menahan diri dari melayan kehendak2 nafsu. makan, minum, dan berjima' adalah sumber kekuatan nafsu. bukan dengan makna makan, minum, dan berjima' itu haram tetapi dengan tujuan mendidik nafsu.

Bahkan kepada amalan2 harian nafsu yang lain; menutup aurat, tidak melihat perkara2 mungkar, tidak berbicara mungkar (berbohong, mengumpat, sembang kosong, dll), berhasad dengki, berbuka dengan sekenyang2nya sehingga termuntah, tidak solat, dll, akan menambah kesempurnaan objektif pelaksaan puasa.

Sedang memperbanyakkan amalan2 sunat; bersedekah, berzikir, mengaji, qiamullail, tarawih, berjama'ah di masjid/surau, melewat2kan sahur, mempercepatkan berbuka, dll merupakan sumber kekuatan roh. bahkan setiap amalan2 adat kebiasaan; menyediakan hidangan berbuka dan sahur, berbuka dan bersahur, mengemas rumah, bekerja, dll dengan niat kerana Allah akan menjadi ibadah yang akan menambah tahap kekuatan roh.

Akibatnya, roh akan mampu mengekang nafsu dari bersifat liar dan jahat, yang kehajatannya itu akan menyebabkan roh diseksa di dalam kubur dan di akhirat kelak.

Bahkan untuk semua amalan yang disyariatkan oleh agama, itulah objektifnya; mendidik nafsu, dan menguatkan roh.

Selepas kita memahami objektif pensyariatan berpuasa, maka kita akan mudah dan mengerti ada apa dengan ramadhan kali ini: mendidik nafsu, dan menguatkan roh.

Sehingga akhirnya kita berjaya menjadi hambanya yang bertakwa seperti dalam firmannya {Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.} 2:183, dan kita raikan kejayaan kita itu nantinya pada syawal yang pertama.....

Semoga kita dapat bertahan mendidik nafsu dan menguatkan roh sepanjang tempoh peperiksaan akan datang yang akan berlangsung selama 30 hari nanti.

Tiada ulasan: