Ramadhan 1429

20 Ramadhan 1429

Siaran lansung dari Masjid Tuaran. Ceramah Ramadhan melalui KITA.fm pada jam 4 petang. Selamat mendengar.
Hadis Hari Ini,

Rabu, 27 Ogos 2008

Qari Indonesia Johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa Ke-50

26 Ogos -- Penyertaan pertama, Qari dari Indonesia, Mu'min Mubarok membuahkan hasil apabila muncul Johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa kali ke-50, malam tadi.

Mu'min yang berusia 36 tahun dan dilahirkan di Jawa Barat, Indonesia terkejut dengan kemenangannya.

Dia ternyata bersyukur sebaik sahaja diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim yang juga Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Sementara itu, kategori Qariah pula dimenangi peserta Thailand, Fatimah Ha'ra'ti, yang pernah memenangi pertandingan yang sama, 10 tahun lalu.

Kali ini merupakan penyertaan terakhir Fatimah sebelum bersara bagi memberi laluan kepada qariah pelapis yang lain.

Johan menerima hadiah wang tunai 28 ribu 552 ringgit berserta piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Turut hadir, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.



-- BERITA24

Tiada ulasan: