Ramadhan 1429

20 Ramadhan 1429

Siaran lansung dari Masjid Tuaran. Ceramah Ramadhan melalui KITA.fm pada jam 4 petang. Selamat mendengar.
Hadis Hari Ini,

Rabu, 17 September 2008

Tazkirah - 18 - MADRASAH RAMADHAN:Menyucikan Jiwa Dengan Tawakkal Dan Taubat

 
بسم الله الرحمن الرحيم 
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذبالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهد الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له,أما بعد
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضاً أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
 
 Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur [Al-Baqarah[2]:185] Alhamdulillah kita diberikan nikmat yang sangat besar iaitulah nikmat bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan madrasah pendidik jiwa ,bulan yang diturunkan al-Quran,dibuka pintu-syurga dan ditutup pintu neraka,dibelenggu syaitan-syaitan. Benarlah sabda Nabi sallallahualaihwassalam:
 
 عن أبي هريرة رضي الله عنه,أنّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا جاء رمضان,فتّحت أبواب الجنة,وغلّقت أبواب النار,وصدفت الشياطين متفق عليه]
 
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah sallallahualaihwassalam bersabda: Apabila tibanya Bulan Ramadhan,dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. [mutafaq`alaih]
 
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:قال الله عز وجل: كل عمل البن آدم له,إلا الصيام,فإنه لي وأنا أجزي به,والصيام جنّة,فإذا كان يوم صوم أحدكم,فلا يرفث يومئذ,ولا يسخب,فإن سابّه أحد ,أو قاتله,فليقل: إني امرؤ صائم,والذي نفس محمد بيده لحلوف فم الصائم ,أطيب عند الله يوم القيامة,من ريح المسك,وللصائم فرحتان يفرحهما ,إذا أفطر فرح بفطره,ولإذا لقي ربه,فرح بصومه رواه مسلم)
 
Dari Abu Hurairah radiallahuah 'anhu beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda, "Allah 'Azza wa Jalla berfirman, "Semua amal anak Adam adalah baginya kecuali puasa, karena sesungguhnya puasa itu bagi-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya.Puasa adalah perisai, apabila kamu sedang puasa janganlah berkata keji(memaki), janganlah berteriak-teriak dan janganlah berbuat perkara yang bodoh. Apabila ada seseorang yang mencacinya atau memeranginya maka katakanlah 'Sesungguhnya aku sedang puasa'. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya sungguh bau mulut orang yang sedang puasa itu lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau minyak kasturi.Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagiaan yang dia bergembira dengannya: ketika berbuka dia bergembira dengan bukanya dan ketika berjumpa Rabbnya dia bergembira dengan puasanya." [HR Bukhari dan Muslim]
 
 Tujuan Puasa Syaikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin rahimahullah mengatakan, "Tujuan dari puasa bukanlah sekedar mengekang tubuh dalam rangka menahan haus dan lapar serta kesulitan, akan tetapi tujuannya adalah menundukkan jiwa dengan meninggalkan sesuatu yang dicintai demi meraih keredaan Zat yang dicintai. Adapun perkara dicintai yang ditinggalkan adalah makan, minum dan jimaK, inilah nafsu syahwat. Adapun sesuatu yang dicintai yang dicari keredaaNya adalah Allah 'Azza wa Jalla. Maka kita harus senantiasa menghadirkan niat ini bahwasanya kita meninggalkan pembatal-pembatal puasa ini demi mencari keridhoan Allah 'Azza wa Jalla." (Tsamaniyatu Wa Arba'uuna Su'aalan Fish Shiyaam hal. 10 Sambutan masyarakat kita ketika tibanya Ramadhan sangat meriah,pelbagai persediaan yang dilakukan semata-mata untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini,rata-rata kita apabila sebut sahaja bulan Ramadhan,maka yang pertama sekali yang terlintas dalam fikiran kita ialah pelbagai jenis juadah,makanan,kuih-muih dan minuman,kalau topik perbiincangan kita sebelum masuknya bulan Ramadhan ini ialah tentang juadah apakah yang akan disediakan,dan tak kurang juga ada yang sudah berbincang tentang pakaian raya,mega sale,kuih raya dan sebagainya.Adakah kita pun termasuk di kalngan mereka? Amalan-amalan yang Dianjurkan Sebelum dan ketika menyambut bulan Ramadhan
 
1.Tawakkal
 
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan, "Dalam menyambut kedatangan musim-musim ibadah, seorang hamba sangat memerlukan bimbingan, bantuan dan taufik dari Allah ta'ala. Cara meraih itu semua adalah dengan bertawakal kepadaNya." Oleh karena itu, salah satu teladan dari ulama salaf sebagaimana yang dikisahkan Mu'alla bin al-Fadhl- bahwa mereka berdoa kepada Allah dan memohon padaNya sejak enam bulan sebelum Ramadhan tiba agar dapat menjumpai bulan mulia ini dan memudahkan mereka untuk beribadah di dalamnya. Sikap ini merupakan salah satu bukti wujudnya tawakal kepada Allah. Menghadirkan rasa tawakal kepada Allah adalah merupakan suatu hal yang paling penting untuk melalui musim-musim ibadah seperti ini; untuk menghilangkan rasa lemah, tidak berdaya dan tidak mampu menunaikan ibadah dengan sempurna, melainkan semata dengan taufik dari Allah. Selanjutnya kita juga harus berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan bulan Ramadhan dan supaya Allah membantu kita dalam beramal di dalamnya. Ini semua merupakan amalan yang paling agung yang dapat mendatangkan taufik Allah dalam menjalani bulan Ramadhan. Kita perlu sentiasa memohon taufik dan pertolongan dari Allah agar kita mampu untuk melakukan ibadah dan mendapat rahmatNya kerana kita dijadikan oleh Allah bersifat lemah.Allah berfirman:
 
 وخلق الإنسان ضعيفا
 
"Dan manusia dijadikan bersifat lemah." (An-Nisa: 28) Selain itu dalam apa saja bentuk ibadah jangan kita lupa dua point penting yang perlu ada dalam diri kita iaitulah: 0> Ikhlas Firman Allah s.w.t:
 
وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين
 
 "Padahal mereka tidaklah diperintahkan melainkan supaya beribadah kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya." (QS. Al-Bayyinah: 5) 0> Mengikuti syariat(petunjuk yang dibawa oleh Rasulullah sallallahualaihwassalam Sabda Rasulullah sallallahualaihwassalam:
 
 من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد
 
"Barang siapa yang mengamalkan suatu amalan yang tidak ada perintahnya dari kami maka amalan itu akan tertolak." (HR. Muslim) Apabila dua point ini berjaya disepadukan maka kita akan merasa kelazatan dan ketenagang ketika melalui bulan ramadhan dan beribadah dalamnya.
 
2.Taubat
 
Tak dinafikan selagi kita bernama manusia maka kita tak akan terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat terhadap Allah,maka kita seharusnya kita sentiasa merenung dosa-dosa yang telah kita lakukan dan bersegera bertaubat kepada Allah.Taubat bukan sahaj ketika bulan Ramadhan, malah bila-bila pun kita harus bertaubat,banyak dalil daripada al-Quran yang menyuruh kita sentiasa bertaubat kepada Allah:
 
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحاً عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
 
 "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Rabb kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai." ( At Tahrim: 8) Subhanallah!!,tiada siapa yang mengetahui dosa-dosa kita dengan Allah!,sama ada dosa-dosa yang terang-terangan,ketika kita bersendirian,dosa hati kita,mulut kita,mata kita,jika di hadapan manusia kitalah yang paling bertakwa,paling berakhlak,berkopiah,bertudung labuh,paling islami tetapi bila bersendirian tidak seorang pun yang mengetahuinya tetapi Allah Maha Melihat apa yang kita lakukan dan apa yang kita sembunyikan firman Allah;
 
يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعْلِنُونَ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
 
Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi dan mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati (at-Taghaabun:4) Maka seharusnya kita mengingati peringatan Nabisallallahualaihwassalam:
 
 كل بنى آدم خطاء وخير الخطائين التوابون
 
"Setiap keturunan Adam itu banyak melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang bertaubat." (HR. Tirmidzi dan dihasankan isnadnya oleh Syaikh Salim Al Hilali) Taubat nasuha atau taubat yang sebenar-benarnya hakikatnya adalah: bertaubat kepada Allah dari seluruh jenis dosa. Imam Nawawi menjabarkan: Taubat yang sempurna adalah taubat yang memenuhi empat syarat: 1.Meninggalkan maksiat. 2.Menyesali kemaksiatan yang telah dilakukan. 3.Bertekad bulat untuk tidak mengulangi maksiat itu selama-lamanya. 4.Seandainya maksiat itu berkaitan dengan hak orang lain, maka dia harus mengembalikan hak itu kepadanya, atau memohon maaf darinya (Lihat: Riyaadhush Shaalihiin, karya Imam an-Nawawi hal: 37-38) Kita sering melihat ramai yang apabila bulan Ramadhan sahaja mereka beramal,bertaubat tetapi apabila datang bulan Syawal mereka mempermain-mainkan taubat dan amalan mereka dengan maksiat,pergaulan bebas,membuka aurat,mendengar nyanyian yang melalaikan.Taubat seperti ini jelas adalah taubat yang tidak benar malah sesuatu yang sangat dikeji oleh agama.Taubat seperti ini juga kita lihat berlaku kepada kebanyakkan artis-artis kita yang apabila bulan puasa memakai tudung,apabila berakhirnya bulan puasa maka terbang habis tudung-tudung dan baju mereka.
 
3.Mengetahui Dan Menjauhi perkara-Perkara Yang Boleh Mengurangkan Pahala Puasa Mengetahui sesuatu perkara yang dilarang adalah bertujuan untuk kita menjauhi daripada melakuakannya.
 
Antara perkara-perkara yang perlu kita jauhi ialah: 1.Perkataan Dusta: Sabda Nabisallallahualaihwassalam:
 
 من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه
 
"Barang siapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatannya, maka niscaya Allah tidak akan memerlukan penahanan dirinya dari makanan dan minuman (tidak memerlukan(tidak memandang) puasanya)." (HR. Bukhari) Jabir bin Abdullah menyampaikan nasihatnya:
 
 إذا صمت فليصم سمعك وبصرك ولسانك عن الكذب والمحارم ودع أذى الجار, وليكن عليك وقار وسكينة يوم صومك, ولا تجعل يوم صومك ويوم فطرك سواء
 
"Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal haram dan janganlah kamu menyakiti jiran. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama." (Lathaa'if al-Ma'arif, karya Ibnu Rajab al-Hambali, hal: 292) 2.Mendengar perkataan,lagu-lagu ataupun filem yang lagha. Orang-orang yang benar-benar beriman ialah mereka yang sentiasa menjauhi diri daripada melakukan perkara-perkara yang lagha lagi tidak berfaedah,antara yang sering menjadi kebiasaan segolongan kita ialah mendengar lagu-lagu yang disertai muzik yang melekakan,suara wanita,lagu rock,filem-filem cinta yang tidak bermanfaat malah menimbulkan penyakit nifak,berat untuk melakukan ibadah dan angan-angan kosong yang mengkhayalkan.Walaupun pada bula Ramadhan ini syaitan telah diikat seperti yang disebut di dalam hadith namun tarbiah yang ditnggalkan oleh Syaitan akan diteruskan oleh hawa nafsu yang berperanan merosakkan diri kita. Sifat sebenar orang yang beriman sepertimana yang digambarkan Allah dalam al-Quran:
 
 قدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
 
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
 
 الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
 
(yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,
 
 وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
 
dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, [al-Mukminuun:1-3] Akhir sekali aku bawakan sepotong syair untuk kita renungi.
 
 أتى رمضان مزرعة العباد       لتطهير القلوب من الفساد
 
Datang Ramadhan sebagai Tempat tanaman para hamba(usaha amal ibadah) Untuk menyucikan hati-hati daripada kebinasaan(syirik,bid`ah dan maksiat) Faqir ila Allah Abu Ayyub Muhammad Fashan b.Ahmad Ziadi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri 24 Sya`ban 1429 H/27 Ogos 2008 http://madrasahhadith.blogspot.com  

Tiada ulasan: