Di antara keistimewaan bulan Ramadhan adalah di mana Allah telah memuliakannya berbanding dengan bulan-bulan yang lain dengan memilihnya sebagai bulan diturunkannya al-Qur'an al-'Azhim. Keistimewaan ini diberikan oleh Allah kepada bulan Ramadhan sebagaimana dinyatakan melalui firman-Nya (maksudnya),
"...Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil)." (Surah al-Baqarah, 2: 185)
Begitu juga sebagaimana dinyatakan di dalam hadis Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam bahawa bulan ramadhan merupakan bulan di mana Kitab-kitab Ilaahiyah diturunkan kepada para Nabi 'alaihimus Salaam.
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah meriwayatkan dari Watsilah bin al-Asqa', bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya),
"Shuhuf (lembaran-lembaran) Ibrahim diturunkan pada malam pertama bulan Ramadhan, Taurat diturunkan pada tanggal enam (6) Ramadhan, Injil diturunkan pada tanggal tiga belas (13) Ramadhan, dan al-Qur'an diturunkan pada tanggal dua puluh empat (24) Ramadhan." (Hadis Riwayat Ahmad dan turut dikeluarkan oleh ath-Thabrani. Menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahiihul Jaami' hadis ini hasan (1497). Lihat juga Tafsir Ibnu Katsir di bawah penafsiran 2: 185)
Melalui hadis ini juga diperjelaskan kepada kita bahawa al-Qur'an diturunkan pada hari ke dua puluh empat (24) di bulan Ramadhan.
Allah menurunkan al-Qur'an kepada Rasul kita Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam demi untuk membimbing manusia. Turunnya al-Qur'an merupakan peristiwa besar yang sekaligus menyatakan tinggi kedudukannya bagi penghuni langit dan bumi. Turunnya al-Qur'an pertama kali jatuh pada lailatul Qadr (malam al-Qadr) yang mana merupakan pemberitahuan kepada alam samawi yang dihuni oleh para malaikat berkaitan kemuliaan umat Muhammad. Di mana umat ini telah dimuliakan oleh Allah dengan risalah barunya agar menjadi umat yang paling baik yang dikeluarkan bagi manusia. Turunnya al-Qur'an yang seterusnya secara beransur-ansur, berbeza dengan kitab-kitab yang turun sebelumnya, sangat mengejutkan orang dan menimbulkan keraguan terhadapnya sebelum jelas bagi mereka rahsia hikmah Ilahi yang ada di balik itu. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tidak menerima risalah besar ini dengan cara sekaligus, dan kaumnya yang sombong dan berhati keras turut dapat ditawan (dilunakkan) dengannya. Antara hikmah wahyu ini turun secara beransur-angsur adalah demi menguatkan hati Rasul dan menghiburnya relevan dengan peristiwa dan kejadian-kejadian yang mengiringinya sehingga Allah menyempurnakan agama ini dan mencukupkan nikmat-Nya.
Turunnya al-Qur'an Dengan Sekaligus
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman melalui kitab-Nya yang mulia (maksudnya),

Dan firman-Nya,
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (malam al-Qadr)." (Surah al-Qadr, 97: 1)
Juga,
"Dan al-Qur'an telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-perlahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian." (Surah al-Isra', 17: 106)
Ayat-ayat di atas tidaklah saling bertentangan, kerana malam yang diberkahi dalam bulan Ramadhan itu adalah Lailatul Qadr. Jadi, di sini dapat difahami bahawa al-Qur'an diturunkan ketika malam al-Qadr iaitu di dalam bulan Ramadhan. Tetapi zahir ayat-ayat itu yang bertentangan dengan situasi kehidupan Rasulullah, di mana al-Qur'an turun kepadanya selama dua puluh tiga tahun. Dalam perkara ini, para ulama terbahagi kepada dua mazhab (pendapat) utama:
1 Mazhab (pendapat) Yang Pertama,
Pendapat Ibnu Abbas dan sejumlah ulama, kemudian dipegang oleh jumhur ulama, bahawa "Yang dimaksudkan dengan turunnya al-Qur'an dalam ayat-ayat di atas ialah turunnya al-Qur'an secara sekaligus ke Baitul 'Izzah di langit dunia untuk menunjukkan kepada para malaikat-Nya bahawa betapa agongnya persoalan ini. Selanjutnya al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun bersesuaian dengan peristiwa-peristiwa yang mengiringinya bermula dari beliau diutus sehinggalah wafatnya. Selama tiga belas tahun beliau tinggal di Makkah, dan selama itu jugalah wahyu turun kepadanya. Selepas hijrah, beliau tinggal di Madinah selama sepuluh tahun. Beliau wafat dalam usia enam puluh tiga tahun." Pendapat ini adalah berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang sahih dari Ibnu Abbas. Di antara riwayat-riwayat yang dimaksudkan adalah,
i - Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu berkata, "Al-Qur'an diturunkan sekaligus ke langit dunia pada lailatul Qadr (malam al-Qadr). Kemudian setelah itu, ia diturunkan selama dua puluh tahun." (Hadis Riwayat al-Hakim, al-Baihaqi, dan an-Nasa'i) kemudiannya dia membacakan;
"Dan mereka (orang-orang kafir) tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu), melainkan Kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan sebaik-baik penjelasan." (Surah al-Furqon, 25: 33)

ii - Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Abbas radhiyallahu 'anhu ia berkata, "Al-Qur'an itu dipisahkan dari adz-Dzikr, lalu diletakkan di Baitul 'Izzah di langit dunia. Maka Jibril mula menurunkannya kepada Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat al-Hakim)
iii Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu ia berkata, "Allah menurunkan al-Qur'an sekaligus ke langit dunia, pusat turunnya al-Qur'an secara beransur-ansur. Lalu, Allah menurunkannya kepada Rasul-Nya bahagian demi bahagian." (Hadis Riwayat al-Hakim & al-Baihaqi)
iv - Menurut Ibnu Abbas, "al-Qur'an diturunkan pada lailatul Qadr (malam al-Qadr) pada bulan Ramadhan ke langit dunia secara sekaligus; lalu ia diturunkan secara berangsur-angsur." (Hadis Riwayat ath-Thabrani)
2 - Mazhab (pendapat) Yang Kedua,
Iaitu yang diriwayatkan oleh asy-Sya'bi (seorang Tabi'in besar, wafat 109H) bahawa yang dimaksudkan dengan turunnya al-Qur'an dalam ayat-ayat di atas ialah permulaan turunnya al-Qur'an itu bermula pada lailatul Qadr (malam al-Qadr) di bulan Ramadhan, yang merupakan malam yang diberkahi (malam kemuliaan). Kemudian selepas itu ia diturunkan secara beransur-ansur bersesuai dengan kepalbagaian peristiwa yang mengiringinya selama kurang lebih dua puluh tiga tahun. Dengan yang demikian, al-Qur'an diturunkan hanya dengan satu cara sahaja, iaitu turun secara beransur-ansur kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, dan yang demikian inilah yang dinyatakan di dalam al-Qur'an,
"Dan al-Qur'an telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian." (Surah al-Isra', 17: 106)
Orang-orang musyrik yang diberi tahu bahawa kitab-kitab samawi terdahulu turun sekaligus, menginginkan al-Qur'an juga turut diturunkan dengan sekaligus,
"Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan al-Q ur'an itu kepada Muhammad semuanya secara sekaligus?" al-Qur'an diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan (meneguhkan) hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu)." (Surah Al-Furqan, 25: 32-33)
Keistimewaan bulan Ramadhan dan lailatul Qadr yang merupakan malam yang diberkahi itu tidak akan tampak (dilihat) oleh manusia kecuali yang dimaksudkan oleh ayat- ayat di atas, iaitu turunnya al-Qur'an kepada Rasulullah. Yang demikian ini bersesuaian dengan apa yang terdapat di dalam firman Allah mengenai perang badar,
"...Dan (beriman kepada) apa yang kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) di hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah al-Anfal, 8: 41)
Perang Badar terjadi dalam bulan Ramadhan. Perkara ini diperkuatkan pula oleh hadis yang dijadikan pegangan para peneliti dan pengkaji, tentang hadis awal turunnya wahyu. 'Aisyah radhiyallahu 'anha berkata,
"Wahyu yang mula-mula diturunkan kepada Rasulullah, ialah mimpi yang benar di waktu tidur. Setiap kali bermimpi, dia melihat apa yang datang bagaikan cahaya terang di pagi hari. Kemudian dia lebih suka menyendiri. Dia pergi ke Gua Hira' untuk bertahannuts beberapa malam dan untuk itu dia membawa bekal. Kemudian kembali ke rumah Khadijah Radhiyallahu 'anhu sehingga datanglah kebenaran kepadanya sewaktu berada di Gua Hira'. Malaikat datang kepadanya dan berkata; "Bacalah". Muhammad berkata; "Aku tidak tahu membaca". Lalu dia memegang dan merangkulku sehingga aku sesak nafas, kemudian dia melepaskan aku, lalu berkata lagi; "Bacalah". Aku menjawab, "Aku tidak tahu membaca". Lalu dia merangkulku untuk yang kedua kalinya sehingga aku sesak nafas, lalu dia melepaskan aku, lalu berkata, "Bacalah". Aku menjawab, "Aku tidak tahu membaca". Lalu dia merangkulku untuk ketiga kalinya sehingga aku merasa kepayahan, kemudian dia melepaskan aku, lalu katanya; "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan, sehingga dengan apa yang belum diketahuinya"." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Para peneliti menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pada mulanya diberi tahu dengan mimpi pada bulan kelahirannya, iaitu bulan Rabi'ul Awwal. Masanya enam bulan. Kemudian ia diberi wahyu dalarn keadaan sedar (jaga) pada bulan Ramadhan dengan turunnya Iqra' (dari surah al-Alaq). Dengan demikian, maka nash-nash yang terdahulu itu menunjukkan kepada satu pengertian.
3 Mazhab (pendapat) Yang Ketiga,
Al-Qur'an diturunkan ke langit dunia pada dua puIuh tiga malam kemuliaan (Lailatul Qadr), yang pada setiap malamnya selama malam-malam kemuliaan itu ada yang ditentukan Allah untuk diturunkan pada setiap tahunnya. Dan jumlah untuk masa satu tahun penuh itu kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah sepanjang tahun. Madzhab ini adalah hasil ijtihad sebagian mufassirin. Pendapat ini tidak mempunyai dalil.
Adapun madzhab kedua yang diriwayatkan dari asy-Sya'bi, dengan dalil-dalil yang sahih dan dapat diterima, tidaklah bertentangan dengan mazhab (pendapat) yang pertama yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas.
Pendapat yang kuat ialah: al-Qur'an al-Karim itu diturunkan melalui dua fasa,
Fasa Pertama: Diturunkan sekaligus pada malam al-Qadr (Lailatul Qadr) di bulan Ramadhan ke Baitul 'Izzah di langit dunia.
Fasa Kedua: Diturunkan dari langit dunia ke bumi secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun.
Imam al-Qurthubi rahimahullah menukilkan riwayat dari Muqaatil bin Hayyan berkenaan adanya ijma' tentang turunnva al-Quran sekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul 'Izzah di langit dunia. Ibnu Abbas menafikan adanya percanggahan di antara ketiga ayat di atas berkenaan dengan turunnva al-Qur'an dan fakta kehidupan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Al-Qur'an itu sememangnya turun selama dua puluh tiga tahun di bulan-bulan selain Ramadhan. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia pernah ditanya oleb Athiyah bin al-Aswad, katanya, "Dalam hatiku terjadi keraguan berkenaan firman Allah, "Bulan Ramadhan itu ialah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an", dan firman Allah, "Sesungguhnya Kami rnenurunkannya pad lailatul Qadr". Padahal al-Qur'an itu ada yang diturunkan pada bulan Syawwal, Dzulqa'edah, Dzuihijjah, Muharram, Shafar dan Rabi'ui Awwal." lbnu Abbas menjawab, "Al-Qur'an ditununkan pada lailatul Qadr sekaligus, kemudian diturunkan secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit dan terpisah-pisah serta perlahan-lahan di sepanjang bulan dan hari." (Hadis Riwayat Ibnu Mardawaih dan al-Baihaqi dalam Kitab al-Asma' wa ash-Shifat)
Para ulama mengisyaratkan berkenaan beberapa hikmah terhadap fenomena penurunan al-Qur'an di antaranya adalah demi menyatakan kebesaran al-Qur'an dan kemuliaan orang yang kepadanya al-Quran diturunkan. Kata Imam as-Suyuthi, "Dikatakan bahawa rahsia diturunkannya al-Qur'an dengan sekaligus ke langit dunia adalah untuk memuliakannya dan memuliakan (kelompok) yang kepadanya al-Qur'an diturunkan; memberitahukan kepada penghuni tujuh langit bahawa al-Qur'an adalah kitab terakhir yang diturunkan kepada Rasul terakhir demi kemulian umat manusia. Kitab tersebut kini telah di ambang pintu dan akan segera diturunkan kepada mereka. Seandainya tidak ada hikmah Ilahi yang menghendaki disampaikan al-Qur'an kepada mereka secara beransur-ansur bersesuaian dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi, tentulah ia diturunkan ke bumi sekaligus seperti halnya kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Tetapi Allah membezakannya dari kitab-kitab yang sebelumnya. Maka dijadikanlah dua ciri tersendiri; diturunkan secara sekaligus, kemudian diturunkan secara bertahap-tahap demi untuk menghormati orang yang menerimanya."
As-Sakhawi mengatakan dalam Jamal al-Qurra', "Turunnya al-Qur'an ke langit dunia sekaligus itu menunjukkan suatu penghormatan kepada keturunan Adam di hadapan para malaikat serta pemberitahuan kepada mereka betapa perhatian Allah dan rahmat-Nya kepada manusia. Dalam pengertian inilah Allah memerintahkan tujuh puluh ribu malaikat untuk mengawal surat al-An'am,
Ibnu Abbas menyatakan, "Surah al-An'am itu turun di Makkah sekaligus di waktu malam. Ia diiringi oleh tujuh puluh ribu malaikat yang bertasbih." (Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dan Abu Ubaid dalam Fadha'il al-Qur'an))
dan dalam pengertian ini pula Allah memerintahkan Jibril agar memerintahkan kepada para malaikat pencatat yang mulia, menuliskan dan membacakannya kepadanya." (Lihat juga, al-Itqan, 1/40, 41)
4 Mazhab (pendapat) Keempat,
Ada juga sebahagian ulama yang berpandangan bahawa al-Qur'an turun pertama-tama kalinya secara berangsur-ansur ke Lauh Mahfuzh berdasarkan firman Allah Ta'ala, "Tidak lain ia adalah al-Qur'an yang mulia, di Lauh Mahfuth." ... Kemudian setelah itu ia turun dari Lauh Mahfuz secara serentak seperti itu ke Baitul 'Izzah. Selanjutnya, ia turun sedikit demi sedikit. Dengan demikian, ini bererti ia turun melalui tiga tahap (fasa).
Dan perkara ini tidaklah bertentangan dengan yang sebelumnya yang telah ditarjihkan. Bagairnanapun juga al-Qur'an al-Karim sudah ada dalarn Lauh Mahfuzh meliputi semua urusan ghaib yang sudah ditetapkan di dalamnya. Dan al-Qur'an turun sekaligus dari Lauh Mahfuzh ke Baitul Izzah dari langit dunia (sebagaimana riwayat dari Ibnu Abbas) pada lailatul Qadr, malam yang penuh berkah di bulan Ramadhan. Ini adalah kerana tidak ada yang menghalangi turunnya al-Qur'an secara sekaligus, bermula dari turunnya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam secara beransur-ansur dalam satu malam. Dengan demikian, tidak ada pertentangan di antara kepelbagaian pendapat ini jika dikecualikan mazhab ketiga yang tidak ada dalilnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan